Thursday 14 July 2011

Web Peta Minda Sains

Laman Web Peta Minda Sains ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru serta murid bagi lebih memahami Sains Sekolah Rendah. Semua peta minda ini berbentuk E-Book. "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal. Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program Acrobat Reader.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah.  Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri.  Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum  menduduki peperiksaan UPSR.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Muat Turun Instrumen Pentaksiran KSSR TH 1

KEM MOTIVASI