Sunday 20 November 2011

Selamat bercuti



Selamat Bercuti buat guru-guru SK Batu 16 Gum-Gum. Jumpa lagi tahun hadapan 2012 . Buat guru-guru yang dapat pindah , tahniah semoga terus maju jaya di mana sahaja berada.

5A Upsr 2011


Tahniah diucapkan kepada Roahana Bt Mustamin dan Joleilalis Bt Jolis kerana telah mendapat 5A dalam UPSR 2011. Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang mendapat 4A.

Thursday 17 November 2011

Majlis Anugerah kecemerlangan Murid 2011


Majlis Anugerah kecemerlangan murid telah diadakan pada 17 Oktober 2011 di dewan serbaguna SK Batu 16 Gum-Gum. Majlis ini di rasmikan oleh pegawai daripada Pejabat pelajaran Sandakan. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, nyayian lagu Negaraku, Ucapan Ketua Murid , Ucapan Tuan Guru Besar dan Wakil Pegawai PPD Sandakan. 


Di antara persembahan menarik semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid adalah seperti Tarian 1Malaysia, Dikir Barat dan Kalam Jamaie.


Peyampaian Sijil dan cenderamata kepada murid-murid mengikut kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Joleilalis Bt Jolis murid tahun 6 Amanah kerana telah merangkul anugarah tokoh murid 2011.

Tuesday 15 November 2011

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2011


PPSMI diteruskan sehingga 2021



Kebimbangan ibu bapa mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik berjaya dirungkaikan apabila Jemaah Menteri sebulat suara telah bersetuju dengan "soft landing" yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuarat mingguannya pada 4 Novembr 2011.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa sesuatu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Muat Turun Instrumen Pentaksiran KSSR TH 1

KEM MOTIVASI