Sunday 20 November 2011

Selamat bercuti



Selamat Bercuti buat guru-guru SK Batu 16 Gum-Gum. Jumpa lagi tahun hadapan 2012 . Buat guru-guru yang dapat pindah , tahniah semoga terus maju jaya di mana sahaja berada.

5A Upsr 2011


Tahniah diucapkan kepada Roahana Bt Mustamin dan Joleilalis Bt Jolis kerana telah mendapat 5A dalam UPSR 2011. Tahniah juga diucapkan kepada murid-murid yang mendapat 4A.

Thursday 17 November 2011

Majlis Anugerah kecemerlangan Murid 2011


Majlis Anugerah kecemerlangan murid telah diadakan pada 17 Oktober 2011 di dewan serbaguna SK Batu 16 Gum-Gum. Majlis ini di rasmikan oleh pegawai daripada Pejabat pelajaran Sandakan. Aturcara dimulakan dengan bacaan doa, nyayian lagu Negaraku, Ucapan Ketua Murid , Ucapan Tuan Guru Besar dan Wakil Pegawai PPD Sandakan. 


Di antara persembahan menarik semasa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid adalah seperti Tarian 1Malaysia, Dikir Barat dan Kalam Jamaie.


Peyampaian Sijil dan cenderamata kepada murid-murid mengikut kategori masing-masing. Tahniah diucapkan kepada Joleilalis Bt Jolis murid tahun 6 Amanah kerana telah merangkul anugarah tokoh murid 2011.

Tuesday 15 November 2011

Majlis Pengumuman Keputusan UPSR 2011


PPSMI diteruskan sehingga 2021



Kebimbangan ibu bapa mengenai peralihan bahasa pengantar dalam pendidikan sains dan matematik berjaya dirungkaikan apabila Jemaah Menteri sebulat suara telah bersetuju dengan "soft landing" yang dirangka oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mesyuarat mingguannya pada 4 Novembr 2011.

Ketika mengumumkan keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran menjelaskan bahawa sesuatu

Sunday 16 October 2011

Takwin Persekolahan 2012

 

Takwim Persekolah 2012 telah di keluarkan oleh Kem. Pelajaran Malaysia. Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar dan jelas

Thursday 6 October 2011

Hari Sukan Sekolah 2011

Wakil rumah sukan siap sedia melakukan upacara perbarisan 



Acara lontar peluru dan lompat tinggi diadakan di perkarangan sekolah 



Acara balapan dimulakan selepas perasmian oleh En. Alias Hj Hamzah , Penyelia Sukan Unit Pembangunan Kemanusian PPD Sandakan (Berbaju batik)


Acara balapan : walaupun permukaan padang yang agak berlumpur ia tidak sekali mematahkan semangat warga SK Bt 16 mengadakan acara sukan. 

 Penyampaian hadiah keseluruhan. Tahniah! kepada rumah Hijau kerana berjaya membawa pulang piala pusingan Kejohanan Sukan Tahunan 2011



Tahniah buat kedua-dua Olahraga dan Olahragawati Sekolah

Thursday 29 September 2011

Gotong-royong dan latihan sukan 2011




Johan Keseluruhan Karnival Bakat PraSekolah Peringkat Sandakan




Pra Sekolah SK Batu 16 Gum-Gum Sandakan Telah berjaya merangkul Juara Keseluruhan Karnival Pra Sekolah Peringkat Sandakan. Tahniah di ucapkan kepada Khas buat guru-guru pra sekolah dan Pembantu pengurusan murid dan Semua warga SK Bt 16 Gum-gum. Pastinya usaha terbaik membuahkan hasil. Tahniah!

JOHAN : Bercerita Bahasa Inggeris (Prasekolah Kelas Rafflesia)

N. JOHAN : Bercerita Bahasa Inggeris (Prasekolah Kelas Bunga Matahari)

N. JOHAN : Bercerita Bahasa Malaysia (Prasekolah Kelas Rafflesia)

KETIGA : Nyanyian Dan Gerakan

JOHAN KESELURUHAN KARNIVAL BAKAT PRASEKOLAH SANDAKAN 2011

Monday 12 September 2011

Majlis Bacaan Yasin Murid Tahun 6


Sehari sebelum menjelang UPSR 2011, Pihak sekolah menganjurkan majlis Bacaan Yasin untuk murid-murid yang bakal menduduki UPSR. Majlis ini di adakan di Masjid Darul Aman Kampung Gum-Gum yang turut di sertai para guru dan Ibubapa. Semoga majlis ini mendapat berkat dariNYA.

Thursday 25 August 2011

Penyerahan Wang Zakat


Pada 25 Ogos 2011 bersamaan 25 Ramadhan 1432H , Pihak sekolah mengadakan Majlis penyerahan Wang zakat untuk murid yang layak. Setiap murid yang layak menerima Wang Zakat sebanyak RM100. Majlis ini di sempurnakan oleh Guru Besar SK Batu 16 Gum-Gum.

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah


Majlis Khatam Al-Quran peringkat Sekolah telah diadakan pada hari Khamis 25 Ogos 2011. Seramai 9 orang murid telah mengambil bahagian.

Sunday 24 July 2011

Pasukan Bola Tampar Tempat Ke-3


Sandakan, 24 Julai - Tahniah di ucapkan kepada semua guru , Aks dan pasukan bola tampar kerana telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam kejohanan Bola Tampar Bawah-12 peringkat Sandakan. Kejohanan Ini berlangsung selama 2 hari di Komplek Sukan Sandakan. Kira-kira 8 buah sekolah sekitar Sandakan menyertainya. Ini merupakan kali pertama SK.Bt 16 Gum-Gum menyertai kejohanan seperti ini. Semoga SK. Batu 16 Gum-Gum terus cemerlang.

Saturday 16 July 2011

Latihan Dalam Perkhidmatan


Add caption

SANDAKAN, 16 Julai - Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) telah diadakan pada 16 Julai 2011 di Dewan Serbaguna SK Batu 16 Gum-Gum. Program ini berlangsung pada jam 7 pagi sehingga 1.00 tengahari. Ketua Unit HEM PPD sandakan di undang Khas untuk

Thursday 14 July 2011

Web Peta Minda Sains

Laman Web Peta Minda Sains ini sedikit sebanyak dapat membantu para guru serta murid bagi lebih memahami Sains Sekolah Rendah. Semua peta minda ini berbentuk E-Book. "E-Book" atau buku elektronik bukanlah satu buku berbentuk fizikal. Buku elektronik adalah buku dalam bentuk digital atau fail komputer dalam format PDF. Ia hanya boleh dibuka dan dicetak oleh program Acrobat Reader.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, peta minda telah diakui sangat berkesan digunakan dalam bilik darjah.  Ini adalah kerana peta minda yang telah disediakan oleh guru sendiri dan diedarkan kepada murid dengan sendirinya menjadi nota mereka tanpa perlu mereka membuat nota sendiri.  Penggunaan LCD serta perisian komputer yang boleh membesarkan paparan di skrin dengan kemudahan "zoom" memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran.

Peta minda juga lebih memudahkan anak-anak murid serta anak-anak anda mempelajari, menghafal dan menyemak pelajaran sains sebagai persedian sebelum  menduduki peperiksaan UPSR.

Wednesday 13 July 2011

Pentaksiran KSSR 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Adalah di maklumkan bahawa guru-guru SK Batu 16 Gum-Gum di mohon
mengisi Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) secara 'online', Khusus untuk guru KSSR sahaja buat masa ini.
Sili Klik di sini ------------------------->http://apps.moe.gov.my/sppbs/

GURU MUDA PERLU BIMBING MASYARAKAT HARGAI PERJUANGAN - TPM


SHAH ALAM 10 Julai — Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, adalah penting bagi guru-guru muda selaku pembimbing masyarakat untuk bukan sahaja memahami tetapi mendukung cita-cita hasil perjuangan nenek moyang dalam mendapatkan kemerdekaan.

Katanya, ini amat penting supaya apa yang dibina dan dinikmati oleh keluarga besar rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama seperti kemajuan, keamanan dan perpaduan hasil titik peluh dan penat lelah mereka yang terdahulu tidak dapat

SEJUMLAH 8,812 UNIT KUARTERS GURU MASIH KOSONG


KUALA LUMPUR, 4 Julai - Sejumlah 8,812 unit kuarters guru masih kosong dan tidak diduduki berikutan pelbagai faktor, termasuk kekangan peruntukan untuk menaik taraf kuarters berkenaan, persidangan Dewan Negara diberitahu Isnin.

Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong berkata antara faktor lain ialah lokasi kurang sesuai, bayaran elaun Imbuhan Tetap Perumahan (IPT) serta elaun Sara Hidup (COLA), pemotongan keseluruhan ITP dan 50 peratus COLA bagi yang menduduki kuarters serta keadaan fizikal yang tidak diselenggara.

TARIKH PERTANDINGAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 JULA

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Tarikh tutup pertandingan menulis surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia yang ditetapkan pada Khamis ini dilanjutkan sehingga 31 Julai.

Pengarah Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad Datuk Syed Faisal Albar berkata

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Muat Turun Instrumen Pentaksiran KSSR TH 1

KEM MOTIVASI