Wednesday 13 July 2011

TARIKH PERTANDINGAN DILANJUTKAN SEHINGGA 31 JULA

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Tarikh tutup pertandingan menulis surat 1Malaysia anjuran Pos Malaysia yang ditetapkan pada Khamis ini dilanjutkan sehingga 31 Julai.

Pengarah Pegawai Eksekutif Pos Malaysia Berhad Datuk Syed Faisal Albar berkata

tempoh itu dilanjutkan berdasarkan sambutan menggalakkan yang diterima daripada banyak sekolah di seluruh negara.

"Kami yakin dengan tempoh yang lebih panjang, lebih ramai lagi pelajar dapat akan menyertainya," katanya dalam satu kenyataan Selasa.

Beliau berkata pertandingan yang menggalakkan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan generasi muda Malaysia itu menawarkan hadiah menarik kepada enam surat terbaik dari seluruh negara.

Syed Faisal berkata para pelajar boleh merujuk kepada poster yang dipamerkan di sekolah mereka atau pun terus melawat ke laman web www.pos.com.my atau www.skmm.gov.my serta menghubungi menerusi e-mel kepada hafiz.kadir@pos.com.my atau menerusi telefon di 03-2267 2000.

Pertandingan itu dianjurkan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

-- BERNAMA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sila Muat Turun Instrumen Pentaksiran KSSR TH 1

KEM MOTIVASI